Saturday, 26 May 2012
Kelas Asas Fotografi
Kelas Asas Fotografi yg kedua akan dijalankan pada 29hb Jun 2012 dan seterusnya pada 13hb Julai 2012, bertempat di Kemaman. Peminat fotografi boleh lah buat pendaftaran awal untuk mendapat tempat. Penyertaan terhad kepada 25 peserta sahaja. Yuran penyertaan untuk pelajar sekolah atau IPT hanya RM130 manakala peserta yang telah bekerja dikenakan yuran sebanyak RM190 sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 019-9150707 atau anmr6266@hotmail.com
Kelas Asas Fotografi
Kelas asas fotografi telah dijalankan pada 26hb Mei 2012 bertempat di Kompleks Rakan Muda, Mak Lagam. Kursus ini meliputi pembelajaran asas penggunaan kamera DSLR. Di antara kandungan yang diajar adalah gabungan ketiga-tiga kawalan aperture, shutter speed dan ISO. Gabungan ini berupaya menghasilkan gambar lebih menarik. Kemudian, peserta di beri tunjuk ajar Depth of field ( front, shallow dan back). Akhir sekali peserta diberi pendedahan mengenai panning. Panning adalah kaedah pengambilan gambar objek yang sedang bergerak dengan laju dengan memegunkan objek dan back ground kelihatan blur. Kursus ini bermula dari pukul 9.00 pagi dan tamat pada jam 5 petang. Keseluruhan kursus ini telah berjaya memberi pendedahan asas kepada peserta. Jumlah penyertaan kali ni cuma 5 orang sahaja. Walaupun bilangan penyertaan sangat kecil..tapi sebagai organizer aku sangat berpuas hati dengan pencapaian peserta-peserta. Insya-Allah ...kelas kedua akan bermula pada bulan Jun atau Julai. Aku juga mengambil kesempatan ini utk mengucap ribuan terima kasih kepada pengajar iaitu En.Nurasry yang berpengalaman dalam bidang fotografi.
| memberi perhatian kepada pengajaran |
| sedang memfokus sesuatu objek dengan gabungan ISO, aperture dan shutter speed |
| sedang menguji pemgambilan objek yg mempunyai cahaya berbeza |
| 2 orang peserta wanita mengikuti kursus |
| latihan "panning" |
| sedang menguji setting |
Subscribe to:
Comments (Atom)