Keindahan gambar boleh ditambah dengan mencari latarbelakang semulajadi seperti langit biru.
Always One FotoClass
Sunday, 30 March 2014
Saturday, 22 March 2014
Pengambilan gambar lanskap
Percubaan mengambil gambar lanskap memerlukan komposisi menarik serta point interest yang perlu ditonjolkan oleh jurukamera. Kemungkinan kehendak dan pandangan terhadap karya yang dihasilkan adalah berbeza dengan pengemar lanskap. Setengah orang suka kepada nature atau semulajadi tanpa ada unsur pengubahan dengan teknologi IT dan ada juga yang minat kecantikan pada karya tersebut.
Sunday, 16 March 2014
Penggunaan lens 40mm Micro
Percubaan mengguna lens micro 40mm. Kurang menyegat untuk pengambilan gambar micro especially untuk serangga. Kena betul2 close up sehingga serangga akan lari. Walaubagaimana pun aku berpuas hati lah. Di sini ada beberapa gambar yang telah diambil dgn lens micro 40mm. Kelebihan micro adalah kita dapat melihat texture objek secara jelas. Betapa indahnya kejadian alam ini ciptaan Allah.
| ss100,f7.1,ISO320 |
| ss100,f14,ISO200, |
| f8, ISO800 |
Saturday, 2 November 2013
Penggunaan len 85mm f1.8D
Perhh..lens ni memang sesuai untuk potret. Mempunyai kebokehan amat tinggi berbanding dengan kit lens. Perlu mengambil masa untuk penyesuaian dengan setting lens ni. Berupaya untuk mendapat bukaan aperture yang besar f1.8. Kawalan speed perlu dinaikkan supaya dapat mengurangkan gambar menjadi too expose. Mudah untuk mendapat shot yang terbaik. Selain daripada gambar potret, ianya sangat sesuai untuk street photography. Di sini aku serta beberapa shot yang diambil dengan lens ni...
| D90;ISO LO 0.3, f1.8, ss2500 |
| D90, f1.8, ss1600, ISO Lo 0.3 |
| D90;f2.2; ss400; ISO 400 |
Monday, 28 October 2013
Hanya dengan kamera compact
Sebelum menggunakan DSLR, aku hanya mengambil gambar dengan kamera compact shj. Walaupun kualiti tidak sehebat DSLR tetapi yang sangat penting adalah moment atau peristiswa pada masa tersebut. Di sini aku sertakan beberapa gambar sekadar perkongsian untuk kita sama-sama menilai dan appreciate apa yang kita mampu pada masa tersbut.
Paparan di sini gambar berciri landskap. Kalau dengan DSLR kita akan menggunakan aperture yang kecil supaya background kelihatan jelas. Oleh yg demikian, kamera compact juga mampu mendapat view yang menarik utk lanskap tetapi tidak dapat kawal parameter2 lain seperti WB, colors dan sebagainya. Tetapi, yang penting adalah moment pada masa tersebut..
| Pemandangan daripada Jalan Ampang |
| Pantai Teluk Kalong |
| Pantai Teluk Kalong |
| Sunrise di Pantai Teluk Kalong |
Wednesday, 23 October 2013
Mengambil gambar sunrise
Kebiasaannya kepada semua photographer samada baru atau berpengalaman mesti akan mengambil gambar sunrise. Setiap photographer boleh menggunakan kreativiti masing2 dalam mencari komposisi, sudut yang menarik untuk mengambil gambar sunrise. Walau bagaimanapun terdapat beberapa tips yang boleh menjadi panduan untuk mengambil gambar sunrise. Di antaranya adalah
- perlu pergi ke tempat pergambaran lebih awal supaya dapat mencari komposisi, sudut yang menarik
- perlu ada tripod untuk mengambil gambar
- menggunakan setting yang betul seperti
ISO yang rendah 100,
Speed yang rendah dalam 1/30 dan
Aparture bukaan kecil f11 ke atas.
White balance Auto
Color kepada vivid untuk mendapat warna kemerahan seperti matahari sedang naik.
Di sini saya serta beberapa gambar sunrise yang telah di ambil di beberapa tempat spt Monica Bay, Kemaman dan Old Rock Beach, KT.
Di dalam Gambar 1 - 5 menunjukkan suasana pagi semasa sunrise. Keindahan kejadian alam yang begitu cantik sehingga dapat merasa tenang dengan kurniaan Allah terhadap makhluknya. Bagi blogger sendiri terasa bersyukur dengan melihat kecantikan alam kurniaan Allah yang maha kaya kepada makhluknya. Oleh itu dengan pengabadian gambar ini boleh membawa kita kepada keinsafan dan sentiasa mengingati kepada Allah.
- perlu pergi ke tempat pergambaran lebih awal supaya dapat mencari komposisi, sudut yang menarik
- perlu ada tripod untuk mengambil gambar
- menggunakan setting yang betul seperti
ISO yang rendah 100,
Speed yang rendah dalam 1/30 dan
Aparture bukaan kecil f11 ke atas.
White balance Auto
Color kepada vivid untuk mendapat warna kemerahan seperti matahari sedang naik.
Di sini saya serta beberapa gambar sunrise yang telah di ambil di beberapa tempat spt Monica Bay, Kemaman dan Old Rock Beach, KT.
| Gambar 1 :SS1/10, ISO LO 0.3, F36 |
| Gambar 2: ss1/30,ISO LO 0.3, F22 |
| Gambar 3: SS1/60, ISO LO 0.3, F 22 |
| Gambar 4: ss1/20, ISO LO 1, f20 |
| Gambar 5: ss 1/25, ISO L0.3, f25 |
Komposisi gambar
Kriteria komposisi sangat penting kepada setiap gambar yang diambil.
Kecuaian memikir kepada komposisi boleh menyebabkan gambar kelihatan
suram. Kebanyakkan gambar yang di ambil oleh photographer yang
berpengalaman meletak subjek pada tempat tarikan mata. Pelbagai
komposisi yang perlu dipelajari oleh setiap photographer. Di antara nya
adalah;
i. Rule of third
ii Framing
iii line
iv triangle
Rule of third lebih mudah dikenali sebagai titik persilangan di antara horizontal line dan vertical line dibahagikan melalui view finder. Setengah kamera dah di built in dekat view finder.
Oleh itu, setiap photographer perlu mencari komposisi yang betul agar gambar kelihatan menarik.
Di samping kedudukan, photograher juga perlu memikirkan gambar subjek yang hendak di ambil samada penuh, separuh atau sebagai nya. Kalau perbandingan di antara Gambar 1,2 dan 3 kelihatan Gambar 3 lebih menarik berbanding Gambar 1 & 2. Kenapa? Gambar 3 lebih menarik di sebabkan kita lebih memahami keadaan bot usang yang terbiar di tebing sungai berbanding Gambar 1 dan 2 hanya menunjukkan hujung bot. Manakala Gambar 4 pula menunjukkan subjek pada kedudukan di luar RO3. Walaupun Gambar 3 menceritakan suasana kampung tetapi kedudukan subjek utama iaitu rumah terkeluar sedikit daripada titik RO3, menyebabkan gambar menjadi suram.
Gambar 6 menunjukan menggunakan teknik framing di mana di dalam gambar ini photographer hanya menggunakan daun sebagai frame. Sebaik-baik gambar memerlukan balance frame.
i. Rule of third
ii Framing
iii line
iv triangle
Rule of third lebih mudah dikenali sebagai titik persilangan di antara horizontal line dan vertical line dibahagikan melalui view finder. Setengah kamera dah di built in dekat view finder.
| ||||||||||
| Gambar 1 |
| Gambar 2 |
| Gambar 3 |
| Gamabr 4 |
Di samping kedudukan, photograher juga perlu memikirkan gambar subjek yang hendak di ambil samada penuh, separuh atau sebagai nya. Kalau perbandingan di antara Gambar 1,2 dan 3 kelihatan Gambar 3 lebih menarik berbanding Gambar 1 & 2. Kenapa? Gambar 3 lebih menarik di sebabkan kita lebih memahami keadaan bot usang yang terbiar di tebing sungai berbanding Gambar 1 dan 2 hanya menunjukkan hujung bot. Manakala Gambar 4 pula menunjukkan subjek pada kedudukan di luar RO3. Walaupun Gambar 3 menceritakan suasana kampung tetapi kedudukan subjek utama iaitu rumah terkeluar sedikit daripada titik RO3, menyebabkan gambar menjadi suram.
| Gambar 5 |
| Gambar 6 |
Gambar 6 menunjukan menggunakan teknik framing di mana di dalam gambar ini photographer hanya menggunakan daun sebagai frame. Sebaik-baik gambar memerlukan balance frame.
Subscribe to:
Comments (Atom)



