Wednesday, 23 October 2013

Mengambil gambar sunrise

Kebiasaannya kepada semua photographer samada baru atau berpengalaman mesti akan mengambil gambar sunrise. Setiap photographer boleh menggunakan kreativiti masing2 dalam mencari komposisi, sudut yang menarik untuk mengambil gambar sunrise.  Walau bagaimanapun terdapat beberapa tips yang boleh menjadi panduan untuk mengambil gambar sunrise.  Di antaranya adalah

-  perlu pergi ke tempat pergambaran lebih awal supaya dapat mencari komposisi, sudut yang  menarik
- perlu ada tripod untuk mengambil gambar
- menggunakan setting yang betul seperti
 ISO yang rendah 100,
 Speed yang rendah dalam 1/30 dan
 Aparture bukaan kecil f11 ke atas.
 White balance Auto
 Color kepada vivid untuk mendapat warna kemerahan seperti matahari sedang naik.

Di sini saya serta beberapa gambar sunrise yang telah di ambil di beberapa tempat spt Monica Bay, Kemaman dan Old Rock Beach, KT.

Gambar 1 :SS1/10, ISO LO 0.3, F36

Gambar 2: ss1/30,ISO LO 0.3, F22

Gambar 3: SS1/60, ISO LO 0.3, F 22

Gambar 4: ss1/20, ISO LO 1, f20

Gambar 5: ss 1/25, ISO L0.3, f25
Di dalam Gambar 1 - 5 menunjukkan suasana pagi semasa sunrise. Keindahan kejadian alam yang begitu cantik sehingga dapat merasa tenang dengan kurniaan Allah terhadap makhluknya.  Bagi blogger sendiri terasa bersyukur dengan melihat kecantikan alam kurniaan Allah yang maha kaya kepada makhluknya.  Oleh itu dengan pengabadian gambar ini boleh membawa kita kepada keinsafan dan sentiasa mengingati kepada Allah.

1 comment: