Banyak perkara perlu dititik berat semasa pengambilan gambar dengan DSLR. Keperluan utama adalah mengenali dan memahami tiga elemen yang penting iaitu ISO, Shutter speed dan Aperture. Kebiasaannya elemen ini dikenali sebagai "setting triangle". Sekirnya kombinasi 3 elemen tidak betul maka gambar akan kelihatan terlampau cerah atau blur. Oleh itu pada peringkat permulaan kita boleh lah mencuba mengubah-gubah seting supaya dapat melihat perbezaan kualiti gambar. Supaya mudah memahami apakah kegunaan ketiga-tiga elemen ini dalam pengambilan gambar.
ISO: merupakan sensitiviti kepada cahaya. Ketinggian ISO akan menyebabkan berlaku nya noise kepada gambar. Try menggunakan ISO yang rendah iaitu dibawah 1000. Bahasa sifu aku En,Shamsul, ISO bermaksud bilangan lampu. Semakin tinggi ISO bermakna banyak lampu yang dibuka. Oleh itu cuba lah kita menggunakan seminimum ISO yang perlu. Untuk kegunaan indoor adalah diantara 400-1000. Ianya bergantung kepada pencahayaan di kawasa tersebut, manakala untuk outdoor adalah lebih kurang 100-400.
Shutter speed: Shutter speed pula merupakan elemen yang sering dikenali creativity. Kebiasaan photographer berpengalaman akan mengubah-gubah shutter speed untk mendapat gambar movement yang bermakna seperti aliran air sungai atau air terjun. Penggunaan speed yang rendah seperti 1/30 kebawah utk mendapat gambar air yg kelabu.
Aperture: Elemen ini pula adalah ukt mengawal bukaan samada kecil atau besar. Nilai f yg kecil bermaskud bukaan aperture yang besar. Nilai f yg kecil bersesuaian utk pengambilan gambar potret seperti dimajlis perkahwinan. Manakala, nilai f yg besar bersesuaian utk pengambilan gambar landscape.
No comments:
Post a Comment