Bagimana nak memilih kamera DSLR. Pelbagai jenama berada di pasaran Nikon, Canon, Olympus, Sony, Lumix dan macam-macam lagi. Nasihat aku kepada bakal pembeli kamera adalah perlu;
i) melihat kepada budget yang ada. Kebanyakan kamera DSLR boleh diperolehi dengan sekurang-kurangnya RM1500++. Baru-baru ni aku membuat survey di beberapa buah kedai kamera di Kuantan utk meninjau harga kamera Nikon D3200. Tak silap aku harga nya adalah lebih kurang RM2450~RM2500 dengan mendapat beg, stand, memory card...Oleh itu perlu kita perlu membuat survey dahulu sebelum membuat pembelian.
ii) Pastikan pembelian kamera daripada authorise dealer. Jangan tersilap beli daripada kedai yang menawar harga yang rendah tetapi kamera yang diseludup. Juga pastikan series no pada kamera tercatat di dalam sistem spt syarikat Nikon. Kita juga boleh membuat semakan dengan menghubungi centre kamera masaig-masing utk memastikan barang yang dibeli adalah original.
iii) Kebanyakan kamera menawar ciri yang hampir sama di antara satu sama lain. Perbezaan hanya kepada beberpa ciri spt megapixel, lens, display screen, accessories. Pastikan kita tahu serba sedikit berkaitan dengan kamera sebelum membuat pembelian..Macam aku start with D90...kira ok ah kamera ni. Insyallah akan di ugrade kepada model lain selepas ni.
iv) Akhir sekali cuba melihat komen-komen daripada pengguna kamera. Kadang-kadang komen sebegini dapat membantu kepada kita utk membuat pemilihan yang betul.
No comments:
Post a Comment