Bagimana nak memilih kamera DSLR. Pelbagai jenama berada di pasaran Nikon, Canon, Olympus, Sony, Lumix dan macam-macam lagi. Nasihat aku kepada bakal pembeli kamera adalah perlu;
i) melihat kepada budget yang ada. Kebanyakan kamera DSLR boleh diperolehi dengan sekurang-kurangnya RM1500++. Baru-baru ni aku membuat survey di beberapa buah kedai kamera di Kuantan utk meninjau harga kamera Nikon D3200. Tak silap aku harga nya adalah lebih kurang RM2450~RM2500 dengan mendapat beg, stand, memory card...Oleh itu perlu kita perlu membuat survey dahulu sebelum membuat pembelian.
ii) Pastikan pembelian kamera daripada authorise dealer. Jangan tersilap beli daripada kedai yang menawar harga yang rendah tetapi kamera yang diseludup. Juga pastikan series no pada kamera tercatat di dalam sistem spt syarikat Nikon. Kita juga boleh membuat semakan dengan menghubungi centre kamera masaig-masing utk memastikan barang yang dibeli adalah original.
iii) Kebanyakan kamera menawar ciri yang hampir sama di antara satu sama lain. Perbezaan hanya kepada beberpa ciri spt megapixel, lens, display screen, accessories. Pastikan kita tahu serba sedikit berkaitan dengan kamera sebelum membuat pembelian..Macam aku start with D90...kira ok ah kamera ni. Insyallah akan di ugrade kepada model lain selepas ni.
iv) Akhir sekali cuba melihat komen-komen daripada pengguna kamera. Kadang-kadang komen sebegini dapat membantu kepada kita utk membuat pemilihan yang betul.
Friday, 22 June 2012
Sunday, 10 June 2012
Ciri-ciri gambar berkualiti
Paling asas dalam dunia fotografi adalah memahami 3 interelation faktor yang dikenali sebagai kawalan aperture, ISO dan shutter speed. Secara mudah aperture adalah bukaan cahaya yang membenarkan cahaya memasuki kedalam kamera. Semakin luas dibuka, semakin banyak cahaya akan melalui sensor penangkapan cahaya (rujuk kepada diagram dibawah). Oh ya..pastikan anda mengingati keyword aperture pada kamera iaitu semakin besar nombor aperture semakin kecil bukaan cahaya. Aperture dibaca dengan pengunaan unit f sbg cth; f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8 dan sbgnya.
Bila
perubahan aperture akan digunakan?
Perubahan
aperture perlu digunakan mengikut keadaan sesuatu gambar yang hendak di
ambil. Pengaruh aperture boleh mempengaruhi depth of filed serta
ketajaman sesuatu gambar. Sekiranya kita menginginkan keadaan gambar yang
mempunyai background yang blur, maka aperture yg perlu digunakan adalah f/2
~f/2.8. Tetapi gambar dibawah digunakan aperture yg agak besar f/8,
ttp telah di adjust shutter besar iaitu1/1000. Bagaimana ini boleh
terjadi? Sebenarnya aperture dan shutter saling bantu membantu. Mungkin
boleh try dengan aperture f/2.8 dan shutter 1/60.
Semakin
besar shutter speed semakin kurang filem atau system expose kepada
cahaya. Semakin lama expose kepada cahaya (1sec) memberi lebih banyak
cahaya melalui filem berbanding kepada 1/1000 sec yang expose terlampau sekejap
dan mengakibatkan gambar akan kelihatan blur atau gelap.
Gambar ni
pula masih menggunakan shutter 1/1000 tetapi aperture telah diubah kepada f/10
. Secara ringkas nya pengawalan setiap feature dalam kamera adalah pengawalan
cahaya. Selamat mencuba....
Saturday, 26 May 2012
Kelas Asas Fotografi
Kelas Asas Fotografi yg kedua akan dijalankan pada 29hb Jun 2012 dan seterusnya pada 13hb Julai 2012, bertempat di Kemaman. Peminat fotografi boleh lah buat pendaftaran awal untuk mendapat tempat. Penyertaan terhad kepada 25 peserta sahaja. Yuran penyertaan untuk pelajar sekolah atau IPT hanya RM130 manakala peserta yang telah bekerja dikenakan yuran sebanyak RM190 sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 019-9150707 atau anmr6266@hotmail.com
Kelas Asas Fotografi
Kelas asas fotografi telah dijalankan pada 26hb Mei 2012 bertempat di Kompleks Rakan Muda, Mak Lagam. Kursus ini meliputi pembelajaran asas penggunaan kamera DSLR. Di antara kandungan yang diajar adalah gabungan ketiga-tiga kawalan aperture, shutter speed dan ISO. Gabungan ini berupaya menghasilkan gambar lebih menarik. Kemudian, peserta di beri tunjuk ajar Depth of field ( front, shallow dan back). Akhir sekali peserta diberi pendedahan mengenai panning. Panning adalah kaedah pengambilan gambar objek yang sedang bergerak dengan laju dengan memegunkan objek dan back ground kelihatan blur. Kursus ini bermula dari pukul 9.00 pagi dan tamat pada jam 5 petang. Keseluruhan kursus ini telah berjaya memberi pendedahan asas kepada peserta. Jumlah penyertaan kali ni cuma 5 orang sahaja. Walaupun bilangan penyertaan sangat kecil..tapi sebagai organizer aku sangat berpuas hati dengan pencapaian peserta-peserta. Insya-Allah ...kelas kedua akan bermula pada bulan Jun atau Julai. Aku juga mengambil kesempatan ini utk mengucap ribuan terima kasih kepada pengajar iaitu En.Nurasry yang berpengalaman dalam bidang fotografi.
| memberi perhatian kepada pengajaran |
| sedang memfokus sesuatu objek dengan gabungan ISO, aperture dan shutter speed |
| sedang menguji pemgambilan objek yg mempunyai cahaya berbeza |
| 2 orang peserta wanita mengikuti kursus |
| latihan "panning" |
| sedang menguji setting |
Subscribe to:
Comments (Atom)

