Saturday, 26 May 2012

Kelas Asas Fotografi


Kelas asas fotografi telah dijalankan pada 26hb Mei 2012 bertempat di Kompleks Rakan Muda, Mak Lagam. Kursus ini meliputi pembelajaran asas penggunaan kamera DSLR. Di antara kandungan yang diajar adalah gabungan ketiga-tiga kawalan aperture, shutter speed dan ISO.  Gabungan ini berupaya menghasilkan gambar lebih menarik.  Kemudian, peserta di beri tunjuk ajar Depth of field ( front, shallow dan back). Akhir sekali peserta diberi pendedahan mengenai panning.  Panning adalah kaedah pengambilan gambar objek yang sedang bergerak dengan laju dengan memegunkan objek dan back ground kelihatan blur.  Kursus ini bermula dari pukul 9.00 pagi dan tamat pada jam 5 petang.  Keseluruhan kursus ini telah berjaya memberi pendedahan asas kepada peserta.  Jumlah penyertaan kali ni cuma 5 orang sahaja.  Walaupun bilangan penyertaan sangat kecil..tapi sebagai organizer aku sangat berpuas hati dengan pencapaian peserta-peserta.  Insya-Allah ...kelas kedua akan bermula pada bulan Jun atau Julai.  Aku juga mengambil kesempatan ini utk mengucap ribuan terima kasih kepada pengajar iaitu En.Nurasry yang berpengalaman dalam bidang fotografi.



memberi perhatian kepada pengajaran
sedang memfokus sesuatu objek dengan gabungan ISO, aperture dan shutter speed

sedang menguji pemgambilan objek yg mempunyai  cahaya berbeza
2 orang peserta wanita mengikuti kursus
latihan "panning"
sedang menguji setting

1 comment:

  1. satisfied when all participant able to use dslr camera correctly after one day course

    ReplyDelete