Friday, 22 June 2012

Pemilihan kamera DSLR

Bagimana nak memilih kamera DSLR.  Pelbagai jenama berada di pasaran Nikon, Canon, Olympus, Sony, Lumix dan macam-macam lagi.  Nasihat aku kepada bakal pembeli kamera adalah perlu;

i) melihat kepada budget yang ada. Kebanyakan kamera DSLR boleh diperolehi dengan sekurang-kurangnya RM1500++.  Baru-baru ni aku membuat survey  di beberapa buah kedai kamera di Kuantan utk meninjau harga kamera Nikon D3200. Tak silap aku harga nya adalah lebih kurang RM2450~RM2500 dengan mendapat beg, stand, memory card...Oleh itu perlu kita perlu membuat survey dahulu sebelum membuat pembelian.

ii) Pastikan pembelian kamera daripada authorise dealer. Jangan tersilap beli daripada kedai yang menawar harga yang rendah tetapi kamera yang diseludup.  Juga pastikan series no pada kamera tercatat di dalam sistem spt syarikat Nikon.  Kita juga boleh membuat semakan dengan menghubungi centre kamera masaig-masing utk memastikan barang yang dibeli adalah original.   

iii) Kebanyakan kamera menawar ciri yang hampir sama di antara satu sama lain.  Perbezaan hanya kepada beberpa ciri spt megapixel, lens, display screen, accessories.  Pastikan kita tahu serba sedikit berkaitan dengan kamera sebelum membuat pembelian..Macam aku start with D90...kira ok ah kamera ni.  Insyallah akan di ugrade kepada model lain selepas ni.

iv) Akhir sekali cuba melihat komen-komen daripada pengguna kamera.  Kadang-kadang komen sebegini dapat membantu kepada kita utk membuat pemilihan yang betul. 
 

Sunday, 10 June 2012

Ciri-ciri gambar berkualiti

Paling asas dalam dunia fotografi adalah memahami 3 interelation faktor yang dikenali sebagai kawalan aperture, ISO dan shutter speed.  Secara mudah aperture adalah bukaan cahaya yang membenarkan cahaya memasuki kedalam kamera. Semakin luas dibuka, semakin banyak cahaya akan melalui sensor penangkapan cahaya (rujuk kepada diagram dibawah).  Oh ya..pastikan anda mengingati keyword aperture pada kamera iaitu semakin besar nombor aperture semakin kecil bukaan cahaya.  Aperture dibaca dengan pengunaan unit f sbg cth; f/1.4, f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8 dan sbgnya.

462px-aperture_diagramsvg 

Bila perubahan aperture akan digunakan?
Perubahan aperture perlu digunakan mengikut keadaan sesuatu gambar yang hendak di ambil.  Pengaruh aperture boleh mempengaruhi depth of filed serta ketajaman sesuatu gambar.  Sekiranya kita menginginkan keadaan gambar yang mempunyai background yang blur, maka aperture yg perlu digunakan adalah f/2 ~f/2.8.  Tetapi gambar dibawah digunakan aperture yg agak besar f/8, ttp telah di adjust shutter besar iaitu1/1000.  Bagaimana ini boleh terjadi? Sebenarnya aperture dan shutter saling bantu membantu.  Mungkin boleh try dengan aperture f/2.8 dan shutter 1/60.






Semakin besar shutter speed semakin kurang filem atau system expose kepada cahaya.  Semakin lama expose kepada cahaya (1sec) memberi lebih banyak cahaya melalui filem berbanding kepada 1/1000 sec yang expose terlampau sekejap dan mengakibatkan gambar akan kelihatan blur atau gelap.



Gambar ni pula masih menggunakan shutter 1/1000 tetapi aperture telah diubah kepada f/10 . Secara ringkas nya pengawalan setiap feature dalam kamera adalah pengawalan cahaya.  Selamat mencuba....