Saturday, 2 November 2013

Penggunaan len 85mm f1.8D

Perhh..lens ni memang sesuai untuk potret.  Mempunyai kebokehan amat tinggi berbanding dengan kit lens. Perlu mengambil masa untuk penyesuaian dengan setting lens ni.  Berupaya untuk mendapat bukaan aperture yang besar f1.8.  Kawalan speed perlu dinaikkan supaya dapat mengurangkan gambar menjadi too expose.  Mudah untuk mendapat shot yang terbaik.  Selain daripada gambar potret, ianya sangat sesuai untuk street photography.  Di sini aku serta beberapa shot yang diambil dengan lens ni...

D90;ISO LO 0.3, f1.8, ss2500

D90, f1.8, ss1600, ISO Lo 0.3

D90;f2.2; ss400; ISO 400

Monday, 28 October 2013

Hanya dengan kamera compact

Sebelum menggunakan DSLR, aku hanya mengambil gambar dengan kamera compact shj. Walaupun kualiti tidak sehebat DSLR tetapi yang sangat penting adalah moment atau peristiswa pada masa tersebut.  Di sini aku sertakan beberapa gambar sekadar perkongsian untuk kita sama-sama menilai dan appreciate apa yang kita mampu pada masa tersbut.
Pemandangan daripada Jalan Ampang

Pantai Teluk Kalong

Pantai Teluk Kalong

Sunrise di Pantai Teluk Kalong

Paparan di sini gambar berciri landskap.  Kalau dengan DSLR kita akan menggunakan aperture yang kecil supaya background kelihatan jelas.  Oleh yg demikian, kamera compact juga mampu mendapat view yang menarik utk lanskap tetapi tidak dapat kawal parameter2 lain seperti WB, colors dan sebagainya.  Tetapi, yang penting adalah moment pada masa tersebut..

Wednesday, 23 October 2013

Mengambil gambar sunrise

Kebiasaannya kepada semua photographer samada baru atau berpengalaman mesti akan mengambil gambar sunrise. Setiap photographer boleh menggunakan kreativiti masing2 dalam mencari komposisi, sudut yang menarik untuk mengambil gambar sunrise.  Walau bagaimanapun terdapat beberapa tips yang boleh menjadi panduan untuk mengambil gambar sunrise.  Di antaranya adalah

-  perlu pergi ke tempat pergambaran lebih awal supaya dapat mencari komposisi, sudut yang  menarik
- perlu ada tripod untuk mengambil gambar
- menggunakan setting yang betul seperti
 ISO yang rendah 100,
 Speed yang rendah dalam 1/30 dan
 Aparture bukaan kecil f11 ke atas.
 White balance Auto
 Color kepada vivid untuk mendapat warna kemerahan seperti matahari sedang naik.

Di sini saya serta beberapa gambar sunrise yang telah di ambil di beberapa tempat spt Monica Bay, Kemaman dan Old Rock Beach, KT.

Gambar 1 :SS1/10, ISO LO 0.3, F36

Gambar 2: ss1/30,ISO LO 0.3, F22

Gambar 3: SS1/60, ISO LO 0.3, F 22

Gambar 4: ss1/20, ISO LO 1, f20

Gambar 5: ss 1/25, ISO L0.3, f25
Di dalam Gambar 1 - 5 menunjukkan suasana pagi semasa sunrise. Keindahan kejadian alam yang begitu cantik sehingga dapat merasa tenang dengan kurniaan Allah terhadap makhluknya.  Bagi blogger sendiri terasa bersyukur dengan melihat kecantikan alam kurniaan Allah yang maha kaya kepada makhluknya.  Oleh itu dengan pengabadian gambar ini boleh membawa kita kepada keinsafan dan sentiasa mengingati kepada Allah.

Komposisi gambar

Kriteria komposisi sangat penting kepada setiap gambar yang diambil.  Kecuaian memikir kepada komposisi boleh menyebabkan gambar kelihatan suram. Kebanyakkan gambar yang di ambil oleh photographer yang berpengalaman meletak subjek pada tempat tarikan mata.  Pelbagai komposisi yang perlu dipelajari oleh setiap photographer.  Di antara nya adalah;

i.   Rule of third
ii   Framing
iii  line
iv  triangle

Rule of third lebih mudah dikenali sebagai titik persilangan di antara horizontal line dan vertical line dibahagikan melalui view finder. Setengah kamera dah di built in dekat view finder.






Titik silang RO3 adalah yang bertanda bulat 





 Oleh itu, setiap photographer perlu mencari komposisi yang betul agar gambar kelihatan menarik.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gamabr 4


 Di samping kedudukan, photograher juga perlu memikirkan gambar subjek yang hendak di ambil samada penuh, separuh atau sebagai nya. Kalau perbandingan di antara Gambar 1,2 dan 3 kelihatan Gambar 3 lebih menarik berbanding Gambar 1 & 2. Kenapa? Gambar 3 lebih menarik di sebabkan kita lebih memahami keadaan bot usang yang terbiar di tebing sungai berbanding Gambar 1 dan 2 hanya menunjukkan hujung bot.  Manakala Gambar 4 pula menunjukkan subjek pada kedudukan di luar RO3.  Walaupun Gambar 3 menceritakan suasana kampung tetapi kedudukan subjek utama iaitu rumah terkeluar sedikit daripada titik RO3, menyebabkan gambar menjadi suram.
Gambar 5

Gambar 6


Gambar 6 menunjukan menggunakan teknik framing di mana di dalam gambar ini photographer hanya menggunakan daun sebagai frame.  Sebaik-baik gambar memerlukan balance frame.

Saturday, 5 October 2013

Pemilihan setting yang betul

Banyak perkara perlu dititik berat semasa pengambilan gambar dengan DSLR.  Keperluan utama adalah mengenali dan memahami tiga elemen yang penting iaitu ISO, Shutter speed dan Aperture.  Kebiasaannya elemen ini dikenali sebagai "setting triangle".  Sekirnya kombinasi 3 elemen tidak betul maka gambar akan kelihatan terlampau cerah atau blur.  Oleh itu pada peringkat permulaan kita boleh lah mencuba mengubah-gubah seting supaya dapat melihat perbezaan kualiti gambar. Supaya mudah memahami apakah kegunaan ketiga-tiga elemen ini dalam pengambilan gambar. 

ISO: merupakan sensitiviti kepada cahaya.  Ketinggian ISO akan menyebabkan berlaku nya noise kepada gambar.  Try menggunakan ISO yang rendah iaitu dibawah 1000.  Bahasa sifu aku En,Shamsul, ISO bermaksud bilangan lampu.  Semakin tinggi ISO bermakna banyak lampu yang dibuka.  Oleh itu cuba lah kita menggunakan seminimum ISO yang perlu.  Untuk kegunaan indoor adalah diantara 400-1000.  Ianya bergantung kepada pencahayaan di kawasa tersebut, manakala untuk outdoor adalah lebih kurang 100-400.

Shutter speed: Shutter speed pula merupakan elemen yang sering dikenali creativity.  Kebiasaan photographer berpengalaman akan mengubah-gubah shutter speed untk mendapat gambar movement yang bermakna seperti aliran air sungai atau air terjun.  Penggunaan speed yang rendah seperti 1/30 kebawah utk mendapat gambar air yg kelabu.

Aperture:  Elemen ini pula adalah ukt mengawal bukaan samada kecil atau besar.  Nilai f yg kecil bermaskud bukaan aperture yang besar.  Nilai f yg kecil bersesuaian utk pengambilan gambar potret seperti dimajlis perkahwinan.  Manakala, nilai f yg besar bersesuaian utk pengambilan gambar landscape.